Sunday, January 2, 2011

Kosmo, Ahad 02012011.






Gaya santai tetapi praktikal


RONA putih hitam mendominasi ruang makan formal.



BOLEH dikatakan sebahagian besar golongan profesional di negara ini perlu menjalani rutin harian yang meletihkan. Ramai yang tidak mempunyai masa untuk menghias rumah, cukup sekadar mengemas agar tidak nampak terlalu bersepah.

Jika kebiasaannya begitu, lain pula ceritanya dengan tetamu Jurnal minggu ini. Biarpun memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan penuntut, Ungku Azuin Ungku Mahmood, 31, tidak meletakkan kesibukan sebagai alasan untuk membiarkan rumahnya dihias ala kadar.

Berkongsi minat menghias bersama suaminya, Azman Abdullah, 35, konsep hiasan santai menjadi pilihannya.

“Kami mempunyai cita rasa yang sama dalam pemilihan warna, perabot, aksesori hiasan malah tumbuhan hiasan.

“Keserasian dalam banyak perkara membantu melicinkan proses menata rias kediaman kami,” ujar Azuin.

Memilih untuk meletakkan unsur air di hadapan rumah, pemilik percaya ia mampu membiaskan elemen segar yang mendamaikan jiwa.

“Saya sukakan bunyi air yang mengalir, ia seperti berada di tepi sungai. Pokok yang menghijau di sekeliling rumah pula membuatkan saya berasa sangat dekat dengan alam.

“Ia juga berjaya menampilkan mood berbeza pada waktu malam,” kata Azman.

Semangat tenang

Kelebihan rumah lot tepi juga dimanfaatkan sebaik-baiknya. Selain ornamen air hasil sentuhan Azman sendiri, halaman rumah yang luas turut dihias dengan tumbuhan hijau bagi menzahirkan gaya tropika.



LANDSKAP mini di hadapan rumah menyuntik kesegaran buat seisi rumah.



Untuk mengimbangi penataan reka letak ruang tersebut, set kerusi bersama meja kopi ditempatkan berhampiran dengan pintu masuk.

Selain menjadi lokasi pilihan ketika bersantai dan minum petang di hujung minggu, bukaan pagar yang luas juga memberi spektrum berbeza kepada penghuni kediaman jenis teres dua tingkat ini.

Meninjau ke bahagian dalam rumah, penerapan warna putih dan gelap mendominasi hampir keseluruhan ruang.

Menggemari unsur kayu, granit dan nuansa redup kayu banyak mempengaruhi Azuin dan suami dalam menata rias, memilih warna, serta membeli perabot dan aksesori hiasan rumah.

“Seperti karpet dan langsir di ruang tamu, kombinasi warna putih, krim dan coklat menjadi pilihan kerana ia memberi ilusi redup selain boleh disesuaikan dengan kesegaran landskap laman.

“Ia juga berupaya meniupkan semangat tenang sebaik sahaja saya melangkahkan kaki ke dalam rumah.

“Adakalanya, lenyap rasa penat apabila melihat hasil susun atur yang dihasilkan bersama suami.

“Ia juga pencetus semangat untuk saya mengulang kaji di rumah pada waktu malam atau hujung minggu,” tutur Azuin yang bekerja di sebuah bank terkemuka di ibu kota.

Dengan gaya hiasan minimalis, ruang bawah kediaman bernilai setengah juta ringgit ini tampak luas dan teratur.

Turut diserikan dengan dua dinding tumpu, ia mampu memberikan kepuasan peribadi kepada pemiliknya.



BEKAS gubahan hantaran diguna semula penyeri hiasan dalaman.



Menggunakan kreativiti sendiri, Azuin menggunakan kepingan kayu yang dipotong kecil memanjang dan dicat dengan warna coklat dan putih sebagai dinding tumpu di ruang tamu.

Di bahagian dinding yang lain, barisan cermin panjang berliku dipasang. Selain dijadikan tempat wajib singgah sebelum keluar rumah, ia juga berfungsi sebagai dinding tumpu kedua kediaman ini.

Alah membeli

Empat bingkai jam dengan waktu antarabangsa turut diletakkan di atas cermin biku yang memberi ilusi luas di bahagian tersebut.

“Ia memudahkan saya berurusan dengan rakan-rakan dari luar negara,” kata Azman.

Selain itu, gubahan hantaran semasa hari pekahwinan pasangan ini turut digunakan semua sebagai aksesori pilihan.

Bunga hiasan, rama-rama, sangkar burung dan bakul anyaman yang dihias semula sengaja diletakkan di beberapa sudut rumah bagi menggamit saat manis ketika diijab kabulkan.

“Walaupun murah tetapi jika pandai mengaturnya, ia akan kelihatan eksklusif,” jelas Azuin yang mendiami rumah ini sejak dua tahun yang lalu.

Mula merancang menghias rumah sebelum berpindah, pasangan ini berpegang kepada falsafah alah membeli menang memakai.

“Sebab itu dalam memilih kelengkapan rumah, kami menilainya dari aspek rekaan, mutu dan harga.

“Perabot dari rumah lama juga kami bawa ke mari. Tetapi memandangkan rumah ini lebih luas, tentunya kami perlu membeli perabot yang baru,” ujar Azman yang gemarkan aksesori hiasan yang bermotif pelik.

Menggunakan tabir putih berjurai sebagai pemisah ruang tamu dan ruang makan formal, dinding pemisah sengaja tidak dibina.

Begitu juga keadaannya jika melangkah ke dapur basah yang terletak di bahagian belakang rumah.



KAMAR utama yang luas tidak dibiarkan sarat dengan hiasan sebaliknya dihias ringkas dan praktikal.



“Dinding batu mungkin satu pemisah yang baik, namun kami lebih sukakan pengudaraan bebas di dalam rumah dan boleh melihat seluruh bahagian tanpa sebarang penghadang,” katanya lagi.

Melangkah ke bahagian dapur, bar mini yang dilengkapi kerusi hitam menjadi pilihan.

“Selain tampak elegan, ia juga menjadi penyelamat kepada kotoran yang melekat,” ujarnya.

Biarpun menggemari warna redup, namun ia hanya untuk ruang berkumpul sahaja. Bagi kamar tidur peribadi, warna pastel menjadi pilihan.

Ruang kamar yang luas dibiarkan tidak sarat dengan perabot, cukup dengan set katil, set teater rumah dan ruang belajar buat si isteri.

Sementara itu, untuk tiga bilik lain yang dijadikan kamar tetamu, rona coklat keemasan mendominasi ruang.





---


balik dr senam pg dgn budak2 neh - aku singgah beli paper. jarang pun beli paper2 neh - tp pagi ni, nak jugak la beli. belek2 punya belek, aku tersentap jap tgk dis kolum dlm Kosmo ari neh - Azman Abdullah and Azuin - rumah dorg masuk paper weh! wow! i mean - wow wow! hahaha.. bangga weh!


some of the part makes me smiling to myself - aku tau Azman wldnt go ckp mcm tu.. nama pun bahasa paper. tp mcm kelakar sket.


sila perhatikan dialog di bwh;



“Saya sukakan bunyi air yang mengalir, ia seperti berada di tepi sungai. Pokok yang menghijau di sekeliling rumah pula membuatkan saya berasa sangat dekat dengan alam.

“Ia juga berjaya menampilkan mood berbeza pada waktu malam,” kata Azman.



Empat bingkai jam dengan waktu antarabangsa turut diletakkan di atas cermin biku yang memberi ilusi luas di bahagian tersebut.

“Ia memudahkan saya berurusan dengan rakan-rakan dari luar negara,” kata Azman.





http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_01.htm




Post a Comment